Monday, November 23, 2009

A STORY OF KUALA LUMPUR (ep36)

CHAPTER 2: EVENT dE KUALA LUMPUR

Lupakan usaha bawa pulang Chin Peng




KUALA LUMPUR 23 Nov. - Semua pihak harus melupakan sebarang usaha untuk membawa balik Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar) berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan dianggap sebagai sesuatu yang penting dan menarik perhatian ramai.

Katanya, Chin Peng juga akan dianggap sebagai seorang yang telah menang oleh sesetengah pihak sekiranya dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

''Ini kerana media telah memainkan isu membawa pulang Chin Peng ini yang dengan jelas menampakkan ada pihak yang membantah dan ada yang menyokong.

''Sekiranya dia pulang, maka sudah tentu mereka yang menentang kepulangannya yang kebanyakkannya terdiri daripada pejuang tanah air, golongan patriotik dan nasionalis.

''Mereka ini akan dianggap pihak yang telah kalah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif akhbar The Star semalam bahawa Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pernah dilakukan oleh PKM kepada rakyat dan pejuang negara ini sewaktu pemberontakan satu ketika dahulu.

Dalam temu ramah yang diadakan di Bangkok, Thailand bulan lepas itu, Chin Peng berkata, walaupun PKM tidak berniat membunuh 'orang tidak berdosa', namun beliau mengakui ada kalanya mereka melakukan kesilapan dalam beberapa tindakan.

Zainuddin berkata, sewajarnya usaha membawa pulang bekas pemimpin komunis itu dilakukan secara senyap-senyap dan bukan dengan cara 'membasuh dosanya' di hadapan umum.

''Soal Chin Peng minta maaf kepada Malaysia tidak sepatutnya mencairkan hati kita dan membolehkan dia pulang.

''Alasannya untuk dikebumikan di sebelah kubur bapanya apabila meninggal dunia juga bukan penyebab untuk perkara ini menjadi besar.

''Mungkin jika bapa dia (Chin Peng) masih hidup pun, dia tidak mahu dikebumikan di sebelah anaknya itu,'' katanya.

Katanya, harus diingatkan bahawa Singapura sehingga hari ini tidak membenarkan seorang bekas komunis yang pernah berkhidmat sebagai pembantu khas dan menjadi 'buah hati' kepada Lee Kuan Yew iaitu Chan Sun Wing menjejakkan kaki ke negara itu.

Katanya, PKM sebenarnya tidak pernah ada perkongsian dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah ketika itu.

''Ia bukan konsep kemerdekaan yang mereka (PKM) mahukan. Mereka mahukan amalan komunis itu di negara ini tetapi itu tidak boleh diterima langsung,'' katanya.

Zainuddin berkata, soal membawa pulang Chin Peng ke Malaysia juga bukan isu perkauman yang cuba dibangkitkan pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment