(PART 008)
~"Dua remaja terima cek biaya kaki palsu"~
CERIA...Muhamad Azrul (kiri) dan Muhamad Syazwan gembira mendapat sumbangan biaya kaki palsu. |
KUALA LUMPUR: “Cita-cita untuk menjadi ahli perniagaan bakal tercapai dan kini saya tidak sabar meneruskan persekolahan,” kata Muhamad Azrul Shafiq Adnan ketika ditemui di Anjung Riong, Balai Berita New Straits Times Press Berhad (NSTP) di sini, semalam bagi menerima sumbangan cek bagi bantuan kaki palsu.
Muhamad Azrul, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang yang kehilangan kaki kirinya dari paras lulut sehingga ke bawah akibat kanser tulang yang dikesan pada Mac lalu, berasa sangat gembira apabila ada yang prihatin dengan masalah dihadapinya.
“Sejak Januari sehingga sekarang, saya cuma sempat bersekolah tiga minggu sahaja lantaran proses rawatan di hospital. Justeru, saya perlu mengulang kaji pelajaran yang tercicir bagi persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan,” katanya yang meminati subjek perdagangan.
Katanya, dia bersyukur menerima sumbangan RM7,800 daripada Metro Club dan apabila mengetahui mengenainya lantas ke hospital pada 17 November lalu untuk menempah kaki palsu yang bakal siap dalam tempoh 10 hari.
Sementara itu, Muhamad Syazwan Zuki, 19, yang turut hadir di majlis penyerahan cek semalam juga melahirkan perasaan syukur serta gembira apabila genap tiga minggu dia dibenarkan keluar dari hospital, dia dikejutkan dengan berita gembira mengenai sumbangan cek bernilai RM7,800 daripada Neptune Club.
Muhamad Syazwan yang kehilangan kaki kanannya sejak 28 Jun lalu akibat kemalangan motosikal berkata dia terpaksa menangguhkan pengajian tahun pertama di Kolej Komuniti Hulu Langat dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara.
No comments:
Post a Comment